Sunday, 11 December 2011

Pengajaran Pendidikan Seni Tahun 2

1. Guru  meminta  murid  menyenaraikan  nama  beberapa  buah tempatan  dan  murid  murid  menyenaraikan  nama buah - buahan  yang  mereka  tahu.


Buah - buahan tempatan
Durian

Ciku

Mangoosteen

1.   Guru  meminta  murid  menyebut  nama  buah –buahan   tersebut.

2.   Murid  melihat  dan  merasa  gambar  buah – buahan lalu  menjawab.

3.   Guru  mangaitkan  dengan  isi pelajaran  kepada  murid .


LANGKAH  1

        1.   Guru  menerangkan  kepada  murid aktiviti  yang  disediakan  untuk  mereka  dan  cara  menhasilkan  kolaj  buah –buahan   daripada  manik.

       2.   Guru  menyediakan  lakaran  gambar  buah  tembikai  ,  gam dan  manik yang  berwarna  warni.

          3.   Murid  mendengar  dengan  teliti  arahan  guru  dan  menerima  lakaran  gambar , gam  dan manik.

           4.   Guru  meminta  murid  melekatkan  atau  menyapukan  gam  dengan  bimbingan  guru  pada  lakaran  gambar  tersebut  . Murid –murid  ikut  arahan  guru.


      LANGKAH  2

                    1.   Guru  membantu  murid dengan  menunjukkan  cara  menampal  manik  di atas  lakaran  tembikai  yang  disediakan.

         2.   Murid  melekatkan  manik  warna  yang  diberikan  pada  lakaran  tembikai  untuk  membentuk  kolaj.

          3.   Murid  menampalkan  satu  persatu  dengan  kemas  dan  teratur  supaya  membentuk  buah  tembikai.

4.   Guru  membantu  murid  dengan  memegang  tangan  dan  menampalkan  satu  persatu.

LANGKAH   3

1.   Guru menilai hasil kerja murid. 
2.   Murid melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan yang lain.
3.   Guru memuji hasil kerja murid. 


Penutup


Dengan  penghasilan  kolaj  buah-buahan  tempatan  ini murid  dapat  mengetahui  tentang  buah-buahan tempatan  dan  


khasiatanya  serta  kolaj  buah  tembikai  ini dapat dijadikan perhiasan  di  rumah.





Kolaj









Definisi Kolaj



Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan khas seperti kertas lukisan. Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.


Monday, 28 November 2011

Langkah - Langkah Menghasilkan Kolaj










Contoh - contoh Kolaj



Persediaan untuk  minggu pertama untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Bidang A: Mengambar. Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar. Di antara contoh - contoh kolaj  ialah  seperti  berikut:

Kolaj yang paling mudah. Sesuai untuk murid2 tahun satu. Guru boleh meminta murid untuk melukis gambar yang mudah ataupun guru boleh menyediakan kertas yang siap dilukis gambar. Murid hanya perlu mengoyak kertas warna dan menampal.
Kolaj Daun. Kolaj ini mengguna daun-daun kering. Daun-daun dipotong dan ditampal ke atas kertas  lukisan yang telah dilukis gambar.


Kolaj Suratkhabar/ majalah. Kolaj ini menggunakan surat khabar atau majalah dalam pembuatannya. Suratkhabar/ majalah dipotong atau diguntil (di buat seperti bola).
Kolaj Kain. Menggunakan perca-perca kain dalam pembuatannya. Kain dipotong dan ditampal mengikut kreativiti masing-masing.
Kolaj Kertas Warna. Menggunakan kertas warna. Kolaj dapat diberi sentuhan yang lebih menarik jika murid-murid dapat menghasilkan gambar2 yang menarik.